Your Title

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan juadah Aidiladha kepada siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, juadah untuk 900 siswazah antarabangsa itu diserahkan oleh Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Kurniaan itu disampaikan selepas solat sunat Aidiladha di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim.