the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah: Bekas pengurus bank direman lima hari

KOTA BHARU: Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan reman berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kelantan selepas memberi keterangan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi tadi dengan menaiki van SPRM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings