the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah: Rayuan bekas majistret terhadap sabitan, hukuman diputuskan pada 27 Nov

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Nov ini untuk keputusan rayuan seorang bekas majistret bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM1.05 juta kerana meminta dan menerima suapan daripada seorang peniaga.

Hakim Datuk Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam RSN Rayer yang mewakili Mohamad Amin Shahul Hamid, 43, dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Mohamad Amin didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis serta Raub antara 5 Julai hingga 22 Okt 2019 sebagai dorongan untuk mengenakan hukuman denda sahaja terhadap lelaki itu yang didakwa memiliki rokok seludup.

Pada 18 Mac 2022, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara berjumlah 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap Mohamad Amin selepas dia didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta serta menerima suapan daripada Hassan Basri.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain juga memerintahkan tertuduh, yang sebelum ini berkhidmat di Lipis dan Raub, menjalani hukuman penjara 72 bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Ahmad Zamzani memerintahkan Mohamad Amin menjalani hukuman penjara secara serentak dan ini bermakna tertuduh hanya perlu meringkuk dalam penjara selama 12 tahun.

Hakim itu turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana ingin merayu ke Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM25,000 kepada RM50,000 dengan seorang penjamin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings