the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman KNDNK

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2023 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7800/7850 berbanding dolar AS daripada 4.7845/7885 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata KDNK suku keempat 2023 Malaysia dijangka mencecah 3.4 peratus berasaskan tahunan.

“Pelabur mencari lebih banyak petunjuk mengenai cara BNM menilai ekonomi bagi 2024 dan pendekatan untuk perkara itu diterjemahkan kepada dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit terus kekal dalam keadaan terlebih jual dan berlegar di sekitar paras rintangan serta-merta 4.79 berbanding dolar AS.

“Mungkin ringgit mengalami tidak banyak perubahan hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1812/1847 daripada 3.1757/1786 ketika ditutup pada Rabu dan susut berbanding pound Britain kepada 6.0089/0152 daripada 5.9983/6.0033.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 5.1309/1362 daripada 5.1185/1227.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2483/2677 daripada 13.2366/2535 ketika ditutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5465/5505 daripada 3.5441/5473.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.52/8.54 dan juga hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 306.3/306.8 daripada 306.5/307.0. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings