the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dijangka lebih mengukuh berbanding dolar AS pada suku akhir 2024 – Lim

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku akhir 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata ini memandangkan prestasi ringgit di landasan tepat dalam mencapai prestasi itu berbanding beberapa bulan lepas dengan mengambil kira prestasi ekonomi serta pelaburan yang diraih negara.

Pada Februari lepas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyasarkan nilai ringgit diniagakan pada paras RM4.50 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini, didorong oleh kedudukan ekonomi negara yang positif.

Lim berkata ringgit juga merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh sebanyak 1.4 peratus berbanding dolar AS sejak 26 Feb, 2024.

“Sebaliknya, mata wang serantau menyaksikan (prestasi) seperti rupee India yang menguncup -0.8 peratus, dolar Singapura (-0.8 peratus), renminbi China (-0.9 peratus) dan baht Thailand (-1.8 peratus).

“Selain itu, dolar Taiwan pula menguncup -2.4 peratus, won Korea Selatan (-3.9 peratus), peso Filipina (-4.9 peratus), rupiah Indonesia (-5.1 peratus) dan yen Jepun (-5.3 peratus),” katanya ketika menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai prestasi ringgit berbanding dolar AS, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Lim berkata pergerakan ringgit turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor global dan domestik yang merangkumi harga komoditi, sentimen pasaran kewangan dan unjuran pertumbuhan ekonomi.

“Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik pelaburan asing dengan pelaburan diluluskan melonjak pada suku pertama 2024. Ini menunjukkan pelabur semakin yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menjangkakan aliran masuk dana dan pelaburan asing yang berterusan dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings