the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, momentum positif berterusan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1955/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2130, semalam.

Indeks Dolar AS (DXY) juga terus merosot kepada 96.875 ketika pelabur menantikan data ekonomi penting dengan tempoh penangguhan tarif sebelah pihak dikenakan AS, kian tamat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil pulangan bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua dan 10 tahun masing-masing juga turun sebanyak satu dan lima mata asas, sekali gus menunjukkan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasar monetari pada separuh kedua tahun ini.

“Selain itu, Presiden Donald Trump terus bersuara di media sosial bahawa kadar faedah seharusnya diturunkan. Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa pengerusi Fed yang seterusnya perlu mengambil pendekatan yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah itu,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, harga minyak mentah Brent turun 0.24 peratus kepada US$67.61 setong.

Pasaran sebaliknya lebih memberi tumpuan pasaran kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC+) pada Ahad dengan negara-negara anggota dijangka menaikkan kuota pengeluaran bagi mendapatkan semula bahagian pasaran.

Sewaktu urus niaga dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama, namun kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9190/9335 daripada 2.9156/9206, turun berbanding pound British kepada 5.7617/7898 daripada 5.7597/7693 dan rendah berbanding euro kepada 4.9457/9698 daripada 4.9290/9372.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3176 daripada 3.2986/3034 namun mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9331/13.0059 daripada 12.9356/9627, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/259.7 daripada 259.0/259.5 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.49 daripada 7.46/7.48.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings