the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi dalam tempoh semalaman apabila mencapai 107.146 mata sebelum ditutup pada 106.972 mata.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terkini Tuntutan Pengangguran Awal AS mingguan yang lebih rendah berbanding jangkaan kepada 213,000 menunjukkan pasaran buruh negara itu masih kukuh.

Beliau berkata selain itu, gesaan supaya kadar dasar European Central Bank (ECB) diturunkan bulan depan telah disampaikan dengan jelas oleh ahli majlis pentadbirannya.

“Ini akan mendorong dolar AS mempunyai kelebihan memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan melonggarkan dasar monetarinya dengan kadar yang berperingkat.

“Oleh itu, ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat kecil berikutan prospek lebih rendah bagi pengurangan kadar faedah yang lebih cepat oleh Fed,” katanya kepada Bernama.

Semasa awal dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.6125/6250 daripada 5.6342/6393 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.6692/6796 daripada 4.6907/6949.

Bagaimanapun unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.8929/8998 daripada 2.8892/8920.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3118/3197 daripada 3.3189/3222, dan lebih baik berbanding baht Thailand kepada 12.8305/8737 daripada 12.8748/8923 semasa ditutup pada Khamis.

Sementara itu, ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.56/7.58 daripada 7.56/7.57 sebelum ini, dan berbanding rupiah Indonesia pada 279.9/280.7 daripada 279.9/280.4.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings