the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rombakan FINAS hapus budaya kartel, buka peluang adil industri filem

KUALA LUMPUR: Rombakan dalaman yang sedang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dijangka membuka ruang lebih adil dan telus bagi industri perfileman tempatan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam membendung amalan tidak sihat yang sebelum ini dikaitkan dengan kewujudan “kartel” dalam proses permohonan dan kelulusan projek filem.

“Dari mula jejak kaki ke Kementerian Komunikasi dan menguruskan FINAS, memang berusaha untuk memecahkan mungkin bukan kartel, tapi sikap serta budaya yang ada selama ini dan proses itu berjalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perdana: Malaysia, Jompact! di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau belum meneliti sepenuhnya kenyataan Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Datuk Afdlin Shauki yang mendakwa terdapat kartel dalam industri perfilemen tanah air namun menyatakan semangat untuk menangani isu tersebut yang juga keutamaan kementerian.

Pada Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan Afdlin mendakwa wujud “tangan ghaib” atau kartel yang menentukan kejayaan sesebuah filem tempatan termasuk dari aspek slot tayangan utama, promosi dan pengedaran.

Afdlin menyifatkan keadaan itu menyebabkan pembikin filem seperti berjudi dengan nasib kerana kualiti karya tidak lagi menjadi penentu utama.

Fahmi berkata antara tindakan awal diambil termasuk mengarahkan FINAS merombak sepenuhnya keanggotaan jawatankuasa yang meneliti permohonan dalam industri filem beberapa bulan lepas bertujuan memastikan pengagihan peluang dilakukan secara lebih saksama.

“Banyak organisasi bila mungkin personel, individu, pegawai tertentu telah terlalu lama di satu-satu kedudukan sering kali terbentuk sikap-sikap yang mungkin tidak begitu disenangi oleh industri, bukan sekadar filem, sama juga dengan pelbagai sektor lain.

“Jadi itu sebab antara lain saya telah minta beberapa bulan yang lepas supaya jawatankuasa contohnya yang meneliti permohonan itu dirombak sepenuhnya. Jadi proses pembersihan itu sebenarnya sedang berjalan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings