the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya

KUCHING: Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lawatan yang bermula hari ini bertujuan menganalisis ekosistem spesies buaya di Australia terutama buaya yang hidup di air masin dan air tawar.

“Kami ingin mengkaji bagaimana mereka menguruskan buaya dan kaedah pemburuan dan apa yang mereka lakukan dengan haiwan berkenaan jika perlu menghapuskan (bunuh) sambil memastikan tidak melanggar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kajian itu merangkumi mengkaji sungai dan sistem air di Australia untuk memastikan buaya dan haiwan lain dapat hidup dalam habitat tanpa reptilia berkenaan menimbulkan ancaman kepada manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Herpetologi Sedunia kali ke-10 (WCH10) di sini hari ini.

Beliau berkata delegasi itu turut disertai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri Datuk Len Talif Salleh.

Pada November tahun lepas, Len Talif berkata berdasarkan data Perbadanan Perhutanan Sarawak, populasi buaya di negeri ini meningkat daripada kira-kira 13,500 pada 2014 kepada 24,700 dalam tempoh sembilan tahun.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran kongres berkenaan Abang Johari berkata selama dua tahun lepas, kerajaan Sarawak mendokumentasikan 18 spesies baharu yang 12 daripadanya terdiri spesies katak.

Beliau turut menyuarakan harapan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar akan memainkan peranan lebih penting dalam pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar terutama dalam penyelidikan, inovasi dan inisiatif strategik di seluruh rantau ini.

WCH10 yang berlangsung hari ini hingga 9 Ogos menarik 1,400 delegasi antarabangsa daripada 70 negara untuk membincangkan pelbagai topik seperti kemajuan terkini serta usaha pemuliharaan global berkaitan reptilia dan amfibia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings