the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak guna pakai TRIZ untuk selesai masalah – Timbalan Premier

KUCHING: Sarawak mengambil langkah berani ke arah inovasi dan kecemerlangan penyelesaian masalah dengan mengguna pakai Teori Penyelesaian Masalah Inventif (TRIZ), kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata kaedah terkenal ini dibangunkan dengan kerjasama ribuan pencipta, menawarkan pendekatan sistematik untuk mengatasi cabaran kompleks dan memupuk pemikiran inventif.

“Menerusi kejuruteraan balikan pangkalan data paten dan mengekstrak pemikiran yang pintar, pengamal TRIZ menunjukkan kaedah mereka berfikir di luar kotak ketika melontarkan idea yang bukan sahaja meningkatkan proses pemikiran mereka, tetapi juga menimbulkan keinginan untuk mengubah suai dan penyelesaian sempurna bagi masalah berbeza.

“Ia sememangnya kemahiran yang perlu kita pupuk, terutamanya apabila melihat kepada transformasi negara dengan mewujudkan enjin ekonomi bernilai tinggi dan menerapkan sistem pembangunan bakat yang terbaik,” katanya pada majlis perasmian Persidangan TRIZfest Antarabangsa 2024 kali ke-19 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

Sementara itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam kenyataan pada persidangan itu memaklumkan acara yang bermula hari ini hingga 6 Sept dianjurkan dengan kerjasama Malaysia TRIZ, Sarawak TRIZ, dan Persatuan TRIZ Antarabangsa (MATRIZ).

Menerusi tema “Berinovasi dengan TRIZ dan AI untuk Pertumbuhan Global Mampan”, persidangan itu menampilkan ucaptama oleh pakar TRIZ terkemuka, perbincangan panel, bengkel interaktif dan sesi rangkaian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings