the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu PPK akan disediakan di setiap negeri berisko banjir – Ahmad Zahid

SUNGAI BESAR: Kerajaan sedang berusaha menyediakan sembilan pusat pemindahan kekal (PPK) bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada sekolah-sekolah yang kini digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu PPK akan dibina di setiap negeri yang berisiko tinggi banjir, berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi selepas bencana berlaku.

“Kita mendapati kos menyelenggara semula sekolah yang dijadikan PPS sangat tinggi, terutama apabila kelas-kelas perlu dibaik pulih. Lebih membebankan, ada sekolah yang tidak memiliki dewan serbaguna,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Jalan Luar Bandar (JLB) di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus dalam laporan media sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan bercadang membina sembilan PPK yang lengkap dengan kemudahan asas yang selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata sebanyak 32 jambatan Bailey sedang disiapkan untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir di seluruh negara

Beliau berkata ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melaksanakan tindakan kejuruteraaan dan proses ujian tanah di tujuh lokasi yang dikenal pasti.

“Jambatan Bailey ini akan digerakkan ke kawasan yang mengalami kerosakan serius, seperti jambatan atau jalan runtuh yang tidak boleh dilalui. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada JKR dan Kor Jurutera ATM atas kerjasama yang diberikan,“ katanya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan dua jambatan Bailey telah mula dipasang di Kelantan, iaitu di Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Mengenai penyerahan JLB hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sebanyak RM17.7 juta digunakan bagi menaik taraf Jalan Nipah, Tali Air 13 dan Peket 100 di Daerah Sabak Bernam, melibatkan penjimatan sebanyak RM400,000 daripada peruntukan asal RM18.1 juta.

Beliau berkata penjimatan tersebut wajar dicontohi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah lain kerana melalui pemantauan yang baik oleh pihak kontraktor, JKR, dan kementerian, ia dapat memberikan manfaat besar kepada rakyat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings