the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran dalam acara perseorangan pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia sejak perlawanan itu mula diadakan pada 1937, hari ini.

Juara dunia berusia 21 tahun itu meraih kejayaan selepas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan juara empat kali Tai Tzu Ying dari Taiwan 10-21, 21-10, 21-18 pada perlawanan akhir di Axiata Arena yang dipenuhi penonton di sini.

Selain berjaya menebus kekecewaan tahun lepas terhadap Akane Yamaguchi dari Jepun pada final, Se Young juga membalas dendam kekalahannya kepada Tzu Ying dalam separuh akhir pada Final Jelajah Dunia bulan lepas.

Sebagai juara, Se Young membawa pulang pingat, trofi dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Tzu Ying menerima US$44,200 (anggaran RM205,397) selain pingat dan trofi.

Bercakap kepada pemberita selepas kejayaan itu, Se Young yang kelihatan gembira dengan kemenangan bersejarah untuk Korea berkata beliau akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan daripada kecederaan lutut yang dialaminya pada Oktober tahun lepas untuk bersedia sepenuhnya menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

“Ia merupakan permulaan yang baik tahun ini menuju Sukan Olimpik. Kecederaan ini masih mengganggu saya kerana hanya pulih 70 peratus, jadi saya akan fokus untuk kembali cergas sepenuhnya dan akan memutuskan kejohanan seterusnya selepas berbincang dengan jurulatih.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dianggap sebagai pemain kegemaran untuk menjuarai Olimpik, namun sukar untuk meletakkan jangkaan pada kejohanan yang besar sebegini. Saya hanya mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri terlebih dahulu,“ kata Pemain Wanita Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang meraih 11 gelaran pada 2023.

Pemain Korea Selatan telah memenangi gelaran Terbuka Malaysia dalam acara lelaki, wanita dan beregu campuran, namun gelaran bagi perseorangan lelaki dan wanita sukar dicapai sehinggalah Se Young memecahkan kebuntuan itu.

Sementara itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tzu Ying agak kecewa kerana gagal mendapatkan gelaran Terbuka Malaysia kelima sebelum bersara pada penghujung tahun ini.

“Saya sentiasa seronok bermain di Malaysia kerana sukakan sokongan daripada peminat di sini. Malah, mereka juga bersorak untuk saya berjuang sehingga titik terakhir apabila saya ketinggalan. Kejohanan ini mungkin yang terakhir buat saya di Malaysia.

“Se Young semestinya pemain yang perlu ditewaskan bukan hanya semasa Olimpik, tetapi juga dalam semua kejohanan. Keutamaan saya sekarang ialah kekal sihat dan cergas untuk menghadapi temasya Olimpik kerana ramai pemain yang cedera menjelang akhir tahun lepas,“ kata pemain berusia 29 tahun itu yang memenangi mahkota Terbuka Malaysia pada 2013, 2017, 2018 dan 2019.

Tzu Ying mara ke peringkat akhir selepas menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut ketika berdepan juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei dari China sebelum ini, dengan kemenangan 17-21, 21-15, 21-18, manakala Se Young menyingkirkan pemain nombor 17 dunia Zhang Yi Man dari China 21-17, 21-11 dalam satu lagi separuh akhir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings