the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah, madrasah di Negeri Sembilan dikaitkan eksploitasi kanak-kanak dipantau

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengesyaki terdapat beberapa sekolah persendirian aliran agama di negeri itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan dikawal oleh sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak serta agama.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan yang diterima daripada beberapa pihak.

“Sebelum kes ini timbul, JHEAINS dan penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap sekolah swasta tidak berdaftar dan mendapati terdapat beberapa sekolah itu disyaki dikawal syarikat itu sendiri.

“Siasatan masih dijalankan. Insya-Allah, kita akan maklumkan tidak lama lagi. Siasatan polis diteruskan dan JHEAINS turut menjalankan siasatan terhadap sekolah di bawah kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sembilan Ke Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, terdapat tiga atau empat sekolah, madrasah dan pusat amal kebajikan di Seremban, Kuala Pilah dan Nilai sedang disiasat serta dipantau dan semua sekolah aliran agama atau madrasah perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan negeri serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan supaya kokurikulum dan pengajian mereka dapat dikawal oleh pihak berkaitan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak serta agama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings