the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan wang hilang dari akaun bank diteruskan walaupun suspek meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Siasatan kes kehilangan wang lebih RM2 juta daripada dua akaun simpanan tetap sebuah bank tempatan di Kuala Kangsar, Perak tetap diteruskan walaupun suspek utama telah meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya pada masa ini sedang mengesan pemilik akaun bank wang curi itu dimasukkan.

“Walaupun suspek utama yang merupakan petugas bank berkenaan telah meninggal dunia, siasatan kes ini tetap diteruskan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 12 Julai lepas, Ramli memaklumkan kehilangan wang berkenaan disedari pemilik-pemilik akaun ketika hendak membuat pengeluaran selain akaun mereka ditutup.

Siasatan dalaman oleh pihak bank mendapati, seorang petugas telah melakukan pengeluaran wang berkenaan bagaimanapun beliau ditemukan meninggal dunia pada 5 Julai lepas.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata pihaknya mengesan satu bentuk penipuan menggunakan teknik phishing atau pancingan data melalui tawaran pembelian barangan terpakai yang diiklankan menerusi media sosial Facebook ‘Eco Recycling’.

Beliau berkata melalui helah berkenaan, mangsa yang ingin menjual barangan terpakai perlu mendaftar di aplikasi ‘Home Solution’ dan membayar deposit RM10 bagi menempah slot kutipan barangan.

“Mangsa kemudian akan dibawa ke paparan laman web perbankan palsu bagi tujuan pembayaran, bagaimanapun selepas memasukkan nama pengguna dan kata laluan, laman berkenaan tidak dapat diakses,“ katanya.

Ramli berkata pengguna hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang mereka dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuan.

“Setakat Mei lepas sebanyak sembilan laporan diterima polis dengan kerugian berjumlah RM243,693,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings