the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket jadikan kereta stor simpan dadah tumpas

GEORGE TOWN: Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor menyimpan bahan terlarang itu tumpas susulan penahanan enam individu termasuk seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan sekitar Jelutong dan Gelugor, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menerusi Op Tapis antara 11.20 pagi hingga 3.45 petang.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di pangsapuri Taman Sri Damai Jelutong pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah rumah dan menjumpai dua paket heroin, satu paket syabu dan empat biji pil Eramin 5.

“Soal siasat yang dilakukan terhadap suspek membawa kepada penahanan dua lagi ahli sindiket di kawasan letak kereta di lokasi sama dan merampas dua paket heroin seberat 228 gram di dalam kereta jenis Honda Civic.

“Berdasarkan pandu arah daripada suspek, polis kemudian melakukan serbuan ketiga di tempat letak kereta di tepi jalan Persiaran Bukit Gambir 1, Gelugor dan menemui sembilan paket heroin seberat 4.1 kilogram (kg) disorok di dalam kereta jenis Perodua Kancil.

“Berdasarkan siasatan kami percaya suspek menjadikan kereta itu sebagai stor menyimpan dadah sebelum diedarkan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini, hari ini.

Menurut Saravanan semua dadah terbabit adalah untuk pasaran tempatan dan boleh dibekalkan kepada 22,402 pengguna bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana bekalan itu diperoleh.

Turut dirampas dalam serbuan itu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan tiga motosikal pelbagai jenis, barangan kemas dan wang tunai RM6,050 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM135,021.

Saravanan berkata ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati lima daripada mereka positif dadah malah semua mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Beliau berkata kesemua suspek berusia antara 21 hingga 42 tahun kini direman selama tujuh hari sehingga 21 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings