Your Title

KUALA LUMPUR: Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tujuh individu bagi membantu kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 melibatkan tuntutan palsu.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua individu lelaki itu ialah Liang Hwa Keong, 68; Kong Sian Chee, 57; Leong Thien Poh, 63; Ong Chee Heong, 60; Lim Hoon Woon, 48; Teng Wan Peng, 50; dan Teng Wan Loong, 51.

Alamat terakhir semua individu berkenaan direkodkan di sekitar Kuala Lumpur, Rawang dan Sungai Buloh.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat penguasa Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau e-mel kepada khairulariffin@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.