the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM siasat dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.

Menurut sumber SPRM telah memanggil tiga individu untuk membantu siasatan dan mendapatkan maklumat berhubung isu itu, serta telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan kes berkenaan.

“Fokus siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah serta penggunaan dokumen-dokumen yang dipercayai palsu, bagi tujuan pindah milik tanah itu. SPRM telah mengenal pasti individu serta agensi yang disyaki terlibat dan akan memanggil kesemuanya dalam masa terdekat,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan bahawa siasatan berhubung kes itu dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau bagaimanapun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan, sehingga siasatan selesai.

Sebelum ini tular video memaparkan seorang wanita yang mendakwa berlaku pemalsuan membabitkan dokumen perintah mahkamah berkaitan urusan sewa tanah milik penduduk tempatan dikenali sebagai Abu Ismail di Kuala Kedah.

Tanah tersebut dikatakan disewa sejak 10 tahun lepas, namun pengadu menafikan ada menyewakan tanah berkenaan kepada mana-mana pihak, selain mendakwa perjanjian sewaan turut dipalsukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings