the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri direman disyaki terlibat salah guna kuasa dapatkan projek RM200,000

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Ahad depan terhadap suami isteri berumur 30-an itu, dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan kakitangan di sebuah agensi perbadanan awam di negeri ini dipercayai telah menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga milik syarikat isterinya bagi membolehkan syarikat itu mendapat kerja-kerja pembekalan di tempat kerjanya yang bernilai kira-kira RM200,000.

Susulan itu, lelaki berkenaan telah ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, manakala isterinya ditahan satu jam kemudian di kediaman mereka.

Siasatan awal mendapati pasangan itu melakukan perbuatan terbabit sekitar 2022 hingga 2023 melibatkan beberapa kerja pembekalan yang berbeza.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings