the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suhaili saman Bersatu, mohon isytihar pemecatan keahlian tidak sah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman telah memfailkan saman terhadap Bersatu bagi menuntut pengisytiharan bahawa pemecatan keahlian beliau daripada parti itu adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Beliau memfailkan saman itu menerusi Tetuan Firoz Julian pada 1 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menamakan Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya sebagai defendan.

Pernyataan tuntutan Suhaili menyebut pada 2 Nov 2023, Lembaga Disiplin Bersatu mengemukakan surat memaklumkan pertuduhan telah dibuat terhadap beliau atas dakwaan melanggar Artikel 22.1 (f) perlembagaan parti.

Beliau berkata surat itu memaklumkan bahawa satu laporan telah dibuat berhubung kenyataan akhbarnya yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suhaili berkata pada 3 Nov 2023, beliau telah menulis surat kepada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuat kerana kegagalan parti menyediakan dana untuk membantu rakyat di Labuan.

Beliau mendakwa walaupun telah memberikan penjelasan yang munasabah, Lembaga Disiplin secara salah di sisi undang-undang dan tidak rasional memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun pada 7 Nov 2023.

Susulan itu, Suhaili berkata beliau menyaman parti itu melalui Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 19 Dis 2023 namun kes tersebut dibatalkan selepas mahkamah berkenaan memutuskan ia perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya.

Pada 17 Mei lepas, Suhaili mendakwa menerima surat daripada Setiausaha Agung memaklumkan bahawa beliau telah dipecat secara automatik atas alasan telah memfailkan saman terhadap parti itu berdasarkan Artikel 10.2.6 Perlembagaan Bersatu.

“Susulan daripada pemecatan saya, Setiausaha Agung turut menyatakan bahawa saya bukan lagi seorang ahli parti dan oleh itu, kerusi Parlimen saya hendaklah dikosongkan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings