SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang tertangguh sejak lapan bulan lepas.

Hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan baginda dinasihat oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.

“Susulan prosedur ini, baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama sepuluh hari,” katanya.

Menurut hantaran itu, Sultan Sharafuddin sebelum ini menjalani pembedahan sama untuk mata kiri.