the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan skim itu.

Beliau berkata wanita itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan menerusi Facebook pada akhir Ogos lepas dan dimasukkan ke dalam kumpulan ‘VIP Investment Group (Malaysia)’ serta diberikan penerangan oleh beberapa individu berhubung pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh sebulan.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi ‘UVKXE’ bagi memantau bitcoin yang dilabur dan boleh melihat keuntungan yang diperolehi. Mangsa yang tertarik dengan tawaran lumayan itu telah melakukan 12 kali transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM896,813.

“Mangsa dapat melihat keuntungan berjumlah USDT185,838 di dalam aplikasi UVKXE dan ingin membuat pengeluaran wang keuntungan tersebut namun mangsa hanya dibayar keuntungan sebanyak RM144,415 manakala untuk pengeluaran keuntungan seterusnya mangsa diarahkan membayar sebanyak satu peratus daripada keuntungan tersebut,“ katanya.

Mohd Roslan berkata wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selain siasatan juga meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings