the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syed Md Hasrin rasmi kejohanan Piala Duta di Padang Indonesia

JAKARTA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin merasmikan Piala Duta dan mengetuai sambutan Hari Malaysia pada perhimpunan penting yang diadakan di Padang, Sumatera Barat.

Majlis itu dianjurkan oleh ahli Persatuan Kebangsaan Penuntut Malaysia di Indonesia (PKPMI) di Padang State University pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Syed Md Hasrin berkata beliau amat berbangga terhadap semangat patriotik yang dipamerkan oleh penuntut Malaysia, sekali gus mengeratkan silaturahim antara mahasiswa kedua-dua negara.

“Semangat ini mencerminkan budaya kerjasama dan sokongan bersama dalam kalangan penuntut Malaysia dan pelbagai agensi,” katanya.

Piala Duta yang dianjurkan oleh PKPMI, bertujuan untuk merealisasikan misi Kementerian Belia dan Sukan untuk mempromosi pembangunan belia dan sukan yang holistik bagi memenuhi aspirasi negara.

Menerusi kerjasama pelbagai pihak, semangat kesukanan dapat dipupuk dalam kalangan penuntut Malaysia dan Indonesia melalui pelbagai aktiviti sukan dan permainan, kata PKPMI dalam satu kenyataan.

Syed Md Hasrin diiringi oleh Konsul Malaysia di Konsulat Pekanbaru Mohammed Hosnie Shahiran Ismail dan Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia Ammil Afiq Jasimi.

Turut hadir, Naib Rektor III UNP Hal Ehwal Pelajar Prof Yohandri dan Naib Rektor IV Kerjasama dan Sistem Maklumat Prof Dr Yasri.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings