• 2025-09-18 03:09 PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM191,139 berjaya dikumpul dan diserahkan kepada tiga badan bukan kerajaan (NGO) melalui Tabung Musaadah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membantu rakyat Palestin.

Antara tiga NGO itu, termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Pertubuhan Kasih Insan Malaysia, masing-masing menerima RM63,713.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kutipan itu mencerminkan besarnya jiwa dermawan warga kota sekali gus cetusan empati yang datang dari hati nurani yang suci.

“Melalui tabung-tabung pada setiap masjid dan surau, anda telah membuktikan bahawa keprihatinan kita terhadap saudara kita di Palestin adalah nyata.

“Setiap ringgit yang disumbangkan adalah doa serta harapan yang kita titipkan untuk meringankan penderitaan mereka. Kami amat menghargai keikhlasan semua penyumbang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari in - BERNAMA