the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tadbir urus baik dan perangi rasuah teras pacu ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR: Usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara memerlukan lebih daripada sekadar kekuatan ekonomi semata-mata menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan bahawa pertumbuhan mesti digerakkan seiring dengan tadbir urus yang baik serta tindakan berterusan membanteras ketirisan dan rasuah.

Anwar menyatakan sejarah membuktikan banyak negara menghadapi cabaran apabila membiarkan budaya penyelewengan dan salah guna kuasa berakar umbi.

“Kekuatan ekonomi sahaja tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah sekiranya keterlanjuran dari segi ketirisan dan rasuah dibiarkan berterusan,“ katanya ketika berucap di Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang menunjukkan sikap keberanian dan ketegasan dalam membersihkan jentera pentadbiran.

Beliau menekankan pentingnya membersihkan institusi daripada kebiasaan melanggar peraturan sama ada di peringkat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau swasta.

Sementara itu, beliau berkata peranan akauntan dan juruaudit dalaman amat penting serta kekal menjadi teras dalam menghadapi cabaran seperti pandemik, ketidaktentuan ekonomi atau gangguan teknologi, tanpa mengira sama ada sesebuah kerajaan itu stabil atau kaya.

“Kita telah menyaksikan sebelum ini syarikat audit terkemuka atau agensi penarafan dipersoalkan kerana kekurangan integriti, bersekongkol dengan ketirisan semata-mata didorong ketamakan,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan kebertanggungjawaban mesti kekal sebagai tonggak utama bagi memastikan amalan kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah.

“Hasrat kita ialah membawa negara lebih hampir kepada status berpendapatan tinggi serta membina satu daripada ekonomi paling berdaya saing di dunia. Namun, hasrat itu tidak akan berkekalan tanpa keyakinan terhadap institusi kita. Juruaudit di sektor awam dan swasta adalah teras dalam memastikan keyakinan itu terus terpelihara,” katanya.

Anwar berkata tindakan mesti dilaksanakan dengan ketelusan, kebertanggungjawaban dan kepercayaan kerana itulah asas yang membolehkan institusi bertahan, khususnya apabila berdepan ujian.

Beliau menegaskan isu semak dan imbang bukan pilihan, sebaliknya juruaudit dan juruaudit dalaman memainkan peranan penting berdasarkan kemampuan dan integriti mereka.

“Saya sentiasa menekankan keperluan integriti kerana dengan penuh hormat kepada anda semua, kita telah melihat ketirisan berlaku dalam kalangan pemimpin politik, penjawat awam, malah juruaudit sendiri. Justeru, soal integriti dan kebertanggungjawaban mesti menjadi teras kepada kerja kita,” tambahnya.– Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings