the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taman ESCAPE Ipoh dibuka April depan, jangka tarik 200,000 pengunjung setahun

BATU GAJAH: Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE (ESCAPE) Ipoh berkeluasan 59 hektar di sini akan mula dibuka kepada orang ramai April depan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ESCAPE Ipoh yang terletak bersebelahan Ikon Warisan Kapal Korek TT5 itu bakal menjadi tarikan utama sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 pada tahun ini.

Beliau berkata pembukaan taman itu dijangka berupaya menarik sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung setahun dari dalam dan luar negara.

“Sudah pasti secara tidak langsung ia akan merancakkan kegiatan ekonomi serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri Perak khususnya di sekitar kawasan Batu Gajah.

“Kedudukan strategik ESCAPE Ipoh ini yang terletak berhampiran Kellie’s Castle, Silverlakes Village Outlet, Galeri LAT, Gua Tempurung, Taman Alam Kinta dan The Treasure Taman Herba @Gopeng boleh dianggap sebagai pelengkap kepada perancangan menjadikan Greater Ipoh (Batu Gajah-Ipoh-Kuala Kangsar) sebagai destinasi pilihan pelancong,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ESCAPE Ipoh dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi Helmi.

Mengulas lanjut Saarani berkata ESCAPE Ipoh turut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menjadikan pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai satu realiti.

“Saya turut difahamkan sehingga kini ESCAPE Ipoh sudah menggajikan 100 pekerja terdiri daripada penduduk setempat dan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada anak Perak.

“Nilai pelaburan dalam membangunkan ESCAPE Ipoh dianggarkan sebanyak RM30 juta dan ia dilaksanakan melalui usahasama syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) iaitu Menteri Besar Incorporated (Perak) sebagai penyedia tapak dan syarikat swasta, Sim Leisure Group Ltd sebagai pengendalinya,“ katanya.

Sementara itu, Saarani menafikan bahawa promosi TMP2024 hambar dan tidak seperti negeri lain seperti Melaka dan Perlis.

“Saya percaya selepas perayaan Aidilfitri kelak, sektor pelancongan khususnya TMP2024 akan lebih rancak daripada sebelum ini dengan mengambil kira pelbagai aspek sepanjang tempoh dua bulan kempen berlangsung.

“Perak sebuah negeri yang luas berbanding Melaka dan Perlis, kalau nak ikutkan dari segi pemasangan banting umpamanya memang agak ketaralah, sepanjang banda raya Melaka boleh dipasang bahan promosi untuk nampak meriah namun kita juga tidak kurang hebatnya berbanding kedua-dua negeri ini,“ katanya.

Saarani ketika ditanya adakah ESCAPE Ipoh akan “dihantui” kegagalan taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) dekat Meru Ipoh, beliau yakin perkara itu tidak akan berulang.

“Adalah tidak adil bagi kita untuk berkata demikian memandangkan ESCAPE Ipoh dilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kerjasama syarikat swasta.

“Semua persiapan di Escape Ipoh telah ada cuma mereka perlukan sedikit masa sehingga April depan untuk ia dibuka kepada umum, jika ia PFI maka sudah tentu mereka tidak mahu mengalami kerugian,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings