the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tarik balik penggantungan Tajuddin selaras bukti, komitmen pada parti

SHAH ALAM: Keputusan menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam UMNO adalah berikutan komitmen yang ditunjukkan beliau untuk kembali semula kepada parti itu.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesunggguhan Tajuddin untuk kembali bersama parti itu dibuktikan dengan tindakannya menghantar surat rayuan berhubung penggantungannya sebanyak empat kali.

“Beliau telah datang memperlihatkan dukungannya sewaktu pilihan raya kecil di Nenggiri dan Mahkota.

“Beliau juga hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu dan saya tidak nampak (sebab) kenapa Majlis Tertinggi (MT) (UMNO) tidak bersetuju dengan rayuan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditanya kemungkinan beberapa pemimpin UMNO yang digantung keahlian mempunyai peluang seperti Tajuddin.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ahmad Zahid berkata susulan itu, MT UMNO tidak mempunyai sebab untuk tidak berbuat demikian sekiranya ahli yang turut dikenakan tindakan sama oleh parti, melakukan perkara seperti yang dilakukan Tajuddin.

Media sebelum ini melaporkan MT UMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian Tajuddin sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di Kuala Lumpur, memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings