LUMUT: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan upacara pelancaran dan penamaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini. Turut berangkat pada majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kapal tersebut dinamakan “Raja Muda Nala” sebagai simbolik pelancaran, di mana satu kendi dilepaskan ke dinding haluan kapal. Kendi itu mengandungi himpunan air daripada sembilan masjid yang mewakili sembilan daerah di Selangor dan telah dibacakan dengan surah Yasin oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor.
Upacara penamaan dan pelancaran kapal merupakan tradisi tentera laut sejak era Royal Navy, bertujuan memberi identiti sebelum kapal baharu ditauliah dalam perkhidmatan TLDM.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris. Turu