the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada bonus Raya bagi penjawat awam Kelantan

KOTA BHARU: Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam di Kelantan pada Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata ini kerana bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan telah diberi pada November lepas iaitu sebanyak RM2,000 oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang dianggap sebagai ‘bonus raya’.

“Bantuan itu dibayar bulan lepas jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.

“Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan PETRONAS, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata sebanyak 550 keluarga daripada 11 jajahan di Kelantan menerima sumbangan barangan keperluan makanan melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM110,000.

“Bagi keseluruhan bantuan di Pantai Timur kita memperuntukkan sebanyak RM270,000 melibatkan 1,350 keluarga.

“Setiap keluarga terpilih menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, kari ayam dalam tin, sardin, gula, tepung gandum, garam, serbuk minuman coklat dan teh,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings