the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah

MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan Muhammad Abdul Rahman, 37, Mohd Fadzli Abd Razak, 44, dan Yusri Awang, 38, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah.

“Keterangan menunjukkan lelaki pertama dan kedua bukan pemilik kereta malah mereka tidak ditahan di dalam kenderaan itu, serta tiada kesan cap jari mereka ditemukan di bungkusan dadah berkenaan.

“Mahkamah mendapati tertuduh ketiga pula diprejudis akibat kelemahan siasatan walaupun kereta itu adalah miliknya selepas saksi pendakwaan gagal menyiasat secara menyeluruh,” katanya.

Terdahulu ketiga-tiga mereka yang bekerja sendiri, didakwa secara niat bersama mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 162.35 gram di tempat letak kenderaan di hadapan pejabat Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil, pukul 1.55 tengah hari pada 1 Feb 2021.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B) akta dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Muhammad diwakili peguam Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan manakala Mohd Fadzli diwakili Asmawi Ismail dan Yusri diwakili Andrew Lourdes.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings