the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki dipercayai lakukan rusuhan ditahan polis

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki yang melakukan rusuhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dengan Perak FC di luar Stadium Bandaraya di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata kesemua lelaki tempatan yang ditahan berumur antara 20 hingga 23 tahun dan mereka semua bebas sebarang jenis dadah selepas ujian saringan awal dibuat.

Menurutnya, hasil siasatan, pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan seorang yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan polis setelah selesai soal siasat, namun polis sedang giat mengesan lain-lain individu yang terlibat,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

Semalam, satu video berdurasi 31 saat tular dalam media sosial Facebook “AMIGOS MEDIA VIRAL” yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak telah membuat rusuhan di luar kawasan stadium. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings