the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga pelajar cedera main mercun diubah suai di asrama sekolah, seorang putus jari

KOTA BHARU: Tiga pelajar sebuah sekolah agama di Jeli cedera semasa bermain mercun diubah suai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian berlaku pada 4.40 petang di asrama lelaki sekolah, apabila pelajar berumur 15 dan 16 tahun itu dipercayai mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke botol bersama batu kerikil sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

“Akibat letupan itu, seorang pelajar berusia 16 tahun mengalami kecederaan serius iaitu putus jari tangan kiri manakala dua lagi rakan melecur di beberapa bahagian badan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada 5.48 petang selepas pelajar terbabit dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Jeli pada 5.30 petang.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak bermain mercun diubah suai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings