PETALING JAYA: Memberi alasan tidak masuk akal untuk kekal berada di luar rumah semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi akan diterima oleh pihak polis.

Sejak Rabu, pihak polis telah mula mengambil langkah tegas dengan menangkap mereka yang tidak patuh arahan PKP.

Langkah itu diambil selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pada hari Rabu pagi bahawa dengan virus Covid-19 telah merebak dengan teruk, ketidakpatuhan terhadap arahan PKP oleh sebahagian kecil orang awam adalah sangat membimbangkan.

Pihak polis telah mendengar pelbagai alasan yang tidak meyakinkan dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk kekal berada di luar rumah.

Penguatkuasaan yang lebih ketat dilakukan oleh pegawai polis Petaling Jaya apabile 15 orang termasuk seorang wanita dan dua lelaki Myanmar, semua berusia antara 18 dan 40 ditangkap selama 12 jam di daerdah itu.

15 orang yang itu ditahan antara jam 4 petang pada hari Rabu dan jam 4 pagi hari ini didapati memandu, menunggang motosikal dan berkumpul di tempat awam.

Mereka ditangkap selepas gagal menjelaskan alasan mereka untuk berada di luar rumah.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata tangkapan dibuat di Desa Mentari, Kampung Lindungan, di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dan Ara Damansara.

“Apabila kita berkata untuk kekal berada di dalam rumah, kita maksudkannya. Kami telah menghabiskan lapan hari terakhir dengan mengambil pendekatan yang lebih lembut bagi menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan PKP. Sila kekal di rumah anda dan hanya keluar apabila terdapat keperluan yang sangat terdesak untuk dilakukan,“ katanya.

Nik Ezanee berkata polis terpaksa mengambil tindakan tegas kerana kadar pematuhan PKP telah menurun sebanyak 80% bagi penduduk di daerah itu.

Tindakan itu jelas menampakkan hasil yang menggalakkan apabila kadar pematuhan itu telah meningkat sebanyak 90% sejak jam 3 petang, hari ini.

Sebanyak 700 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berkait dengan individu yang tidak mematuhi arahan PKP.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata apabila PKP memasuki minggu kedua, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terus menentang perintah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihak keselamatan boleh menggunakan apa-apa bentuk penguatkuasaan yang dianggap perlu untuk memastikan orang ramai mematuhinya.

Sehingga kini, beberapa individu telah dituduh di mahkamah kerana gagal mematuhi arahan PKP dan didenda antara RM1,000 dan RM8,000.