the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tun Musa kali pertama rasmi istiadat pembukaan DUN Sabah esok

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dijadual merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di sini esok.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata ini merupakan istiadat pembukaan persidangan DUN Sabah pertama selepas Musa yang juga bekas Ketua Menteri mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11 pada Januari lepas.

Kadzim berkata pihaknya telah mengadakan persiapan bagi memastikan perjalanan istiadat perasmian itu berlangsung dengan teratur, yang antara lain melibatkan ketibaan Musa, upacara tabik hormat dan pemeriksaan barisan kehormat.

“Esok, ada dua pengisian. Pertama, perasmian persidangan DUN yang akan dihadiri lebih 500 orang. Kedua, selepas ucapan dasar oleh TYT (Tuan Yang Terutama) Tun Musa, kita akan beredar untuk jamuan Aidilfitri dengan (tetamu) dijangka 1,500 orang,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata persidangan DUN Sabah akan berlangsung selama empat hari mulai 14 April dengan empat Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan melibatkan tiga RUU Pindaan merangkumi undang-undang tanah, hutan dan perumahan, manakala satu RUU baharu berkaitan gajah.

Kadzim berharap semua wakil rakyat dapat mengambil bahagian dalam persidangan DUN kali ini dengan mengutarakan idea bernas dan hanya membahaskan isu mahupun perkara terkandung dalam ucapan dasar kerajaan negeri yang disampaikan Musa bagi membolehkan persoalan dijawab kementerian berkaitan.

“Saya mengharapkan, lebih-lebih lagi pada sidang kali ini, kita dalam pertengahan Syawal, tenanglah dalam perbahasan. Tenang dan bangkitkan (isu-isu) bernas dan yang disentuh oleh Yang Dipertua Negeri.

“Mana-mana pihaklah, penyokong kerajaan dan pembangkang, jangan gunakan ucapan Tun Musa untuk persediaan pilihan raya dan jangan dipolitikkan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings