the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Veijer rangkul kejuaraan sulung, tamatkan penantian 33 tahun Belanda

SEPANG: Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP akhirnya berjaya merangkul kejuaraan Moto3 sulungnya dalam Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Lebih manis, Veijer menamatkan penantian selama 33 tahun negaranya selepas kali terakhir, Hans Spann muncul juara di GP Czechoslovak pada 1990.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 33 minit 30.072 saat untuk memastikan kejuaraan.

Rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki dari Jepun, menduduki tempat kedua dengan 33:30.138s manakala pendahulu kejuaraan semasa Jaume Masia dari Leopard Racing berada di tempat ketiga dengan 33:30.400s.

Sementara itu, satu lagi pengakhiran yang mengecewakan buat pelumba Malaysia Syarifuddin Azman, atau lebih dikenali sebagai Damok dari MT Helmets – MSI.

Damok, yang bermula dari petak terakhir terbabit kemalangan ketika hanya tinggal tiga pusingan tetapi berjaya meneruskannya sebelum menamatkan perlumbaan di tempat tercorot (ke-20) dengan 34:25.180s.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings