MEMUTUSKAN untuk mengambil pinjaman peribadi adalah satu keputusan yang sangat penting serta harus difikirkan secara teliti.

Lebih-lebih lagi untuk tujuan yang tidak penting dan sia-sia.

Sekiranya tersilap langkah, ia akan menjadi beban kepada sesiapa pun kelak.

Baru-baru ini seorang wanita telah meluahkan kekesalannya melalui sebuah perkongsian yang dilakukannya secara atas talian.

Wanita yang tidak dikenali identitinya itu berkongsi pengalamannya melalui sebuah kumpulan Facebook ‘Muflis Bankrupt di Malaysia’.

Wanita tersebut bercerita secara ringkas tentang kesilapannya dimana dia telah mengambil dua pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen (PWB) bagi mencukupkan wang deposit kereta teman lelakinya.

Dalam pinjaman pertama, dia menjelaskan bahawa dia telah meminjam RM2,400 dan menerima RM2,000 dengan bayaran balik bulanan adalah sejumlah RM400.

Sementara itu, bagi pinjaman kedua pula, dia meminjam sejumlah RM1,500 dan menerima RM1,250, dengan bayaran balik bulanan sejumlah RM280.

Dan kerana dia perlu membayar pinjaman ini, dia menjelaskan bahawa komitmen bulanannya telah ditangguhkan selama dua bulan.

Disebabkan membayar dua pinjaman yang tersebut, wanita tersebut menjelaskan bahawa komitmennya sendiri sudah tertangguh selama dua bulan.

“Oleh kerana saya membayar untuk perkara-perkara bodoh ini, komitmen penting saya tertangguh selama dua bulan.

“Kereta, motosikal, dan AKPK. Itu sahaja yang saya ingin kongsikan.”

Pada akhir perkongsian wanita tersebut juga menyatakan bahawa dia telah putus hubungan dengan teman lelakinya.

Perkongsian wanita itu telah menarik perhatian serta menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata pengguna media sosial menasihati wanita itu untuk menjadikan pengalaman tersebut sebagai iktibar.

“ Tidak mengapa, pengajaran berguna buat kamu. Selepas ini jangan mudah percaya dengan perkataan..’SAYANG AWAK’ ” kata Well Jeri di ruangan komen.

“Tidak apa, belajar dari kesilapan. Setiap org belajar dari kesilapan. Selepas ini berhati- hati bila nak bantu orang hatta suami sendiri sekalipun. Kerana lelaki yang baik tidak akan menyusahkan pasangannya,” ulas Noraziah Zainal Amdulok.