the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita didenda RM30,000 sedia khidmat klinik kecantikan tidak sah

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyediakan perkhidmatan klinik kecantikan tidak berdaftar, dua tahun lepas.

Murni Nur Akma Idrus, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Tertuduh didakwa menyediakan satu klinik perubatan kecantikan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di sebuah premis di Rumah Pangsa Bukit Kecil, di sini kira-kira 3.50 petang, 11 Okt 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara enam tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) Nozaizeli Abu Samah dan Shamsulnizam Kassim, manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Nozaizeli mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap Murni Nur Akma kerana kesalahan itu sesuatu yang serius dan melibatkan kepentingan awam, bagaimanapun Nurul Najmi Adila merayu hukuman minimum dalam bentuk penjara atas alasan anak guamnya mempunyai kekangan kewangan untuk membayar denda yang besar.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin kemudian menetapkan tertuduh didenda RM30,000 dan perlu menjalani hukuman tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Mahkamah mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Murni Nur Akma setelah dia gagal membayar denda berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings