the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita rugi lebih RM350 ribu, diperdaya ‘polis’, ‘pegawai SKMM’

IPOH: Seorang wanita warga tempatan kerugian RM350,100 selepas diperdaya sindiket yang mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti menyebarkan pelaburan haram.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada 12 Ogos, apabila mangsa berusia 37 tahun dihubungi melalui satu nombor tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Mangsa diberitahu mempunyai 44 aduan salah laku mengedar atau menyebarkan pelaburan haram yang dilakukan menerusi nombor telefonnya.

“Dalam masa yang sama, talian telah disambungkan kepada seorang suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis. Suspek telah mengarahkan mangsa supaya membuat pinjaman bank bagi menyelesaikan urusan jenayah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Abang Zainal berkata selepas kejadian berkenaan, mangsa telah membuat semakan terhadap akaun peribadi miliknya dan mendapati terdapat pindahan wang ke beberapa akaun tidak dikenali.

“Ekoran kejadian tersebut mangsa telah melakukan laporan polis dan hasil siasatan mendapati kerugian adalah daripada simpanan serta pinjaman wang dilakukan mangsa melalui bank,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan percaya dengan apa jua dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings