the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut ditikam dengan gunting di kepala ketika cuba lerai pergaduhan

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak di sebuah rumah di Pekan Darat di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berada di rumah berkenaan sebelum berlaku pertengkaran antara seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan ibunya berusia 70-an.

Wanita berusia lingkungan 80-an itu cuba meleraikan pergaduhan sebelum lelaki terbabit yang juga anak saudaranya bertindak mengambil sebilah gunting di atas meja lalu menikam bahagian kiri kepala mangsa.

Lelaki terbabit kemudian mengamuk dengan memecahkan cermin rumah saudaranya yang lain di kawasan berhampiran sebelum orang ramai menghubungi polis.

Suspek berjaya ditahan polis tidak jauh dari kediamannya ketika cuba melarikan diri.

Sumber berkata mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia manakala ibu kepada suspek yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings