the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut terkena tembakan senapang buatan sendiri

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika melakukan aktiviti memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden yang menimpa mangsa berusia 62 tahun itu pada hari sama.

“Ketika kejadian senapang patah buatan sendiri itu dikatakan telah meletup dan terkena jari kelengkeng tangan kanan lelaki itu sebelum kena sisi dada sebelah kanannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam, mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan tembakan pada dada dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya telah menahan enam lelaki termasuk seorang Orang Asli berusia 35 hingga 67 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemburuan haram selain merampas lima senapang patah buatan sendiri dan satu senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino bersama 25 butir peluru penabur.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu memiliki sebarang senjata api buatan sendiri atau pemilikan tanpa lesen sah.

“Ditegaskan mana-mana individu yang memiliki senjata api buatan sendiri atau tanpa lesen yang sah agar segera menyerahkan kepada pihak polis sebelum tindakan tegas diambil,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img