the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Singapura minta sistem VEP diperbaiki untuk urusan keluar masuk lebih lancar

JOHOR BAHRU: Warga Singapura berharap sistem pendaftaran dan pengaktifan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) termasuk sambungan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dengan aplikasi Touch ‘n Go dapat ditambah baik, susulan bermulanya penguatkuasaan permit itu hari ini.

Tinjauan Bernama di pusat pendaftaran VEP di jalan Skudai, Danga Bay, mendapati warga Singapura mula beratur seawal 8.30 pagi untuk melakukan proses pendaftaran, pemasangan tag RFID selain menyelesaikan beberapa isu berkaitan tag RFID tidak dapat disambungkan kepada aplikasi Touch ‘n Go.

Warga Singapura Mohd Nagit Kassim, 60, berkata proses permohonan VEP pada November lepas berjalan lancar, namun terdapat masalah untuk mengemas kini dan menyambungkan RFID kepada Touch ‘n Go.

“Pada saya proses (pendaftaran) okey dan senang cuma untuk kemas kini di telefon bimbit tidak boleh, jadi susah … kami bimbang akan timbul isu semasa di sempadan. Saya dan isteri dah cuba banyak kali tapi tidak boleh sebab itu saya ke sini kerana takut nanti kami dikompaun pula.

“Adalah lebih baik jika panduan itu dipaparkan di cermin atau dinding supaya pengguna boleh rujuk dengan mudah,” katanya yang hampir setiap minggu ke Johor Bahru.

Senada dengan Mohd Nagit, pekerja swasta Koh Sunny, 56, turut mengalami masalah RFID yang sama.

“Saya memohon VEP pada November tahun lepas dan prosesnya agak cepat serta mudah. Saya tidak tahu mengapa untuk memautkan dengan Touch ‘n Go tidak boleh. Maka, saya datang ke sini dan berharap masalah ini dapat diselesaikan hari ini.

Suri rumah Fauziah Alias, 59, berharap pihak berkaitan akan melakukan penambahbaikan dari segi sistem dan aplikasi memandangkan penguatkuasaan VEP bermula hari ini bagi memudahkan urusan keluar masuk.

“Saya sudah lama daftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Malaysia tetapi RFID tidak dapat disambungkan pula dengan Touch ‘n Go. Jadi kena datang ke kaunter (VEP), saya kena bawa semua dokumen.

“Saya sudah cuba menggunakan komputer riba tetapi masih tidak boleh akses. Saya datang dari 8 pagi dan terpaksa menunggu agak lama. Hampir setengah jam juga masa diambil bagi setiap orang (berurusan) di kaunter.

“Semua orang mungkin menghadapi masalah serupa seperti saya, iaitu RFID tidak dapat disambungkan dengan Touch ‘n Go. Maka, saya berharap sistem ini dapat diperbaiki, kalau tidak kami juga akan menghadapi kesusahan tidak boleh keluar (Malaysia) dan perlu membayar saman,” katanya.

Bermula tengah malam tadi, kerajaan Malaysia menguatkuasakan sepenuhnya Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura.

Pemilik kenderaan Singapura yang gagal mengaktifkan tag VEP akan dikenakan kompaun RM300 mengikut Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987, serta tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sehingga kompaun dijelaskan dan VEP diaktifkan.

Penguatkuasaan VEP ketika ini akan dilaksanakan secara berkala di lokasi strategik tumpuan kenderaan asing di seluruh Johor, sebelum diperluas ke negeri lain yang menjadi laluan utama kenderaan asing ke Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings