the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yang di-Pertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak – Premier Abang Johari

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu…tentu sekali anak Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban di sini, hari ini.

Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong, berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.

Mutang, 70 tahun, merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings