the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Roszianayati Ahmad terhadap permohonan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz dalam prosiding hari ini berkata pihaknya sudah menghantar jawapan balas afidavit notis berkenaan pagi tadi dan bersedia mengemukakan hujahan pada tarikh ditetapkan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan lisan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu sementara menunggu keputusan notis usul tersebut.

Peguam pasangan itu Lavanesh Haresh Mahadevan berhujah penangguhan itu perlu bagi memastikan integriti notis usul terpelihara mengambil kira tekanan yang timbul ketika perbicaraan berlangsung.

“Memandangkan hari pertama perbicaraan bermula semalam dengan hanya seorang saksi dipanggil, permohonan saya untuk menangguhkan prosiding berkenaan menggunakan kuasa sedia ada mahkamah ini adalah wajar.

“Perkara yang ingin saya nyatakan ialah bolehkah notis usul mengekalkan integritinya dan bolehkah keputusan yang betul dibuat oleh mahkamah ini dengan tekanan luar seperti perbicaraan yang berlaku di Mahkamah Sesyen?,“ katanya.

Bagaimanapun, Aqharie Durranie membantah hujah itu atas dasar pihak pembelaan sudah pun memfailkan semakan semula Jumaat lepas bagi menangguhkan perbicaraan yang juga pernah ditolak sebelum ini.

Roszianayati kemudiannya menolak permohonan lisan itu, memutuskan bahawa satu permohonan telah dimasukkan oleh pihak pembelaan sebelum ini bagi semakan semula penangguhan berkenaan di mahkamah lain.

Semalam, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak bantahan awal pihak pembelaan yang mendakwa pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan adalah cacat atau defektif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings