the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara tersebut diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Ketua Bahagian Labuan dan Wilayah Persekutuan itu.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada Suhaili bertarikh 30 Okt 2023, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Okt lepas, Suhaili mengumumkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dalam parti itu selama empat tahun. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings