the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bung Moktar: Umno Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana Umno Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.

Beliau yang tidak senang dengan tindakan sesetengah pihak di Sabah yang dilihatnya cuba meniup semangat kenegerian dengan melabelkan Umno sebagai parti politik dari Malaya berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana kehadiran Umno ke Sabah sejak lebih tiga dekad lalu adalah atas kehendak rakyat Sabah sendiri.

Katanya beliau mengenali sebilangan mereka yang cuba mempengaruhi rakyat Sabah supaya menolak Umno itu, adalah yang pernah terlibat sebagai pengasas di awal kemasukan UMNO ke Sabah.

Bung Moktar berkata Umno Sabah mempunyai autonomi yang tersendiri membuatkan badan perhubungan negeri itu berbeza dengan Umno di negeri lain.

Menerusi autonomi itu, Umno Sabah mempunyai kuasa dalam menyusun ahli jawatankuasa badan perhubungan parti di negeri ini seterusnya membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan melibatkan parti itu di Sabah.

Beliau seterusnya meminta semua pihak supaya mengelak perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai etnik dan agama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings