the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun

PUTRAJAYA: Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita kerana enggan berkahwin dengannya 13 tahun lalu terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal mengetepikan hukuman mati selepas membenarkan permohonan semakan Othman A. Aziz, 72, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Hakim Harmindar Singh yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 3 Mei 2011.

Othman yang merupakan bapa kepada dua anak itu sudah dipenjara hampir 13 tahun.

Pada 26 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Alor Star menjatuhkan hukuman mati ke atas Othman kerana membunuh Ratna Suffizahriyanti Omar yang ketika itu berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah antara 8.45 malam 2 Mei hingga 12.45 tengah malam 3 Mei 2011.

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman terhadap Othman pada 11 Mac 2014 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sama pada 19 Jan 2015.

Terdahulu peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili Othman memohon hukuman mati digantikan dengan penjara 30 tahun dengan alasan anak guamnya telah menyerah diri kepada polis selepas kejadian itu berlaku.

“Anak guam saya telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam kes ini malah dia juga mempunyai penyakit katarak (mata) yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Serdang,“ katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa.

Berdasarkan fakta kes, mayat Ratna Suffizahriyanti ditemukan di dalam bilik tersebut oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat Othman sendiri. Bilik berkenaan diduduki tertuduh. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings