the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOSM: Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2%

KUALA LUMPUR: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatatkan purata skor 0.694 atau 69.4 peratus pada 2022, meningkat 0.2 peratus berbanding 0.692 (69.2 peratus) pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736).

“Berdasarkan kepada skor MGGI 2022, kita (Malaysia) berada di kedudukan ke-93 daripada 146 negara di dunia. Pada masa yang sama, dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-11 pada 2022.

“Malaysia mendahului Timor-Leste (0.693), Brunei Darussalam (0.693), Korea Selatan (0.680), China (0.678), Vanuatu (0.678), Fiji (0.650), Myanmar (0.650) dan Jepun (0.647),” katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2023 hari ini.

MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat subindeks merangkumi peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan serta penguasaan politik.

Skor dengan nilai 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam subindeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.067, kesihatan dan kehidupan (0.961) manakala peluang dan penyertaan ekonomi (0.644).

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita masih rendah iaitu 55.8 peratus pada 2022 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam (75.2 peratus) dan Singapura (73.2 peratus).

“Penguasaan politik merekodkan skor terendah iaitu 10.2 peratus (skor 0.102) yang menunjukkan terdapat potensi peningkatan perwakilan dan pemerkasaan wanita dalam bidang politik,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings