the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki maut dalam kemalangan

KEPALA BATAS: Dua lelaki meninggal dunia selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di Jalan Sungai Lokan, di sini awal hari ini.

Kedua-dua mangsa Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian, ekoran kecederaan parah dialami mereka.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas Nazril Syazwan Khalil berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi, memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan dua kenderaan.

“Sebaik tiba, kami mendapati mendapati sebuah kereta Perodua Myvi telah terjatuh dari tebing di tepi jalan dan terdapat dua lelaki di dalam kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazril Syazwan berkata bagaimanapun lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta jenis BMW dan terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings