the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ewon: Bazar Koperasi Bernama Berhad jadi nilai tambah bantu usahawan kecil

KUALA LUMPUR: Program jualan bazar anjuran Koperasi Bernama Berhad menjadi nilai tambah dalam usaha membantu memperkasakan usahawan kecil, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (gambar).

Beliau berkata program itu menjadi platform kepada usahawan kecil dan pengusaha kendera saji untuk meningkatkan pendapatan serta mengembangkan perniagaan melalui jualan.

“Bagi saya, ini satu nilai tambah yang harus diteruskan oleh Koperasi Bernama Berhad dan mungkin boleh bekerjasama dengan koperasi lain untuk menjadikan bazar ini lebih besar dan kementerian saya, khususnya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), bersedia untuk membantu.

“Mungkin Koperasi Bernama juga boleh bantu dalam melaksanakan program Jualan MADANI Koperasi yang disediakan oleh kementerian melalui SKM. Saya fikir ini sesuatu yang boleh dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Bazar Koperasi Bernama Berhad di sini hari ini.

Terdahulu, Ewon mengunjungi Bazar Koperasi Bernama Berhad dan meluangkan masa kira-kira 40 minit beramah mesra dengan peniaga serta warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Sebanyak 15 gerai jualan termasuk kendera saji dibuka di bazar itu yang menawarkan pelbagai produk dan makanan antaranya cendol, nasi ayam penyet, susyi, aksesori serta minyak wangi.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Bernama Berhad Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings