the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000, penalti lebih RM500,000

KUALA TERENGGANU: Seorang pengarah syarikat pembinaan didenda RM9,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah RM536,549.13 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama dua tahun.

Majistret Yuhanis Mohd Roslan menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Faraziela Mohamad, 42, dan turut memerintahkannya membayar tunggakan cukai bagi tahun taksiran 2019 dan 2020 berjumlah 178,849.71.

Mahkamah juga mengarahkan Nur Faraziela dipenjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu yang merupakan pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat Cherang Sepadu Sdn Bhd telah gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang C) bagi tahun taksiran 2019 dan 2020.

Pendapatan bercukai syarikat itu pada 2019 adalah sebanyak RM28,083 yang boleh dikenakan cukai RM4,774.11 manakala pada 2020 pendapatan bercukai RM900,315 yang boleh dikenakan cukai RM174,075.60.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 112 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dikenakan denda antara RM1,000 sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa LHDN Noor Mazida Buliami manakala Nur Faraziela, tidak diwakili peguam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings