the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu stoking: Mahkamah batal hukuman dan sabitan terhadap juruteknik kerana hina Islam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik yang mengaku bersalah membuat hantaran berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan Chiok Wai Loong, 35, selaku pemohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya pada 22 Mac.

“Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman. Oleh itu tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

“Tertuduh diarah dipertuduhkan semula, tetapi di hadapan hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera hari ini,” kata hakim itu.

Hakim Ahmad dalam penghakimannya berkata mahkamah telah meneliti nota keterangan semasa prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen dan mendapati hakim di mahkamah berkenaan tidak merekodkan pengakuan bersalah tertuduh (Chiok), mengikut prosedur yang betul.

“Tidak disebut bahawa dia memahami pertuduhan dan akibat (kemungkinan hukuman) selepas dia mengaku bersalah. Hakim hanya menyebut pertuduhan dan hukuman dibacakan kepadanya.

“Pertuduhan terhadapnya begitu panjang, bagaimana anda (pendakwaan dan mahkamah) mengharapkan orang awam seperti beliau untuk memahami? Dia juga tidak diwakili peguam pada hari itu,” kata hakim itu dan menambah pendakwaan yang dibuat terhadap pemohon adalah tergesa-gesa.

Pada 22 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap Chiok, selepas mengaku bersalah kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook.

Suzana turut memerintahkan Chiok menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Mac dan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook, menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac, yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh, manakala peguam N. Surendran mewakili Chiok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings